Friday 21 October 2011

Sling Psychrometers


Sling Psychrometers adalah sejenis peralatan hygrometer untuk mengukur suhu buli kering dan suhu buli basah bagi campuran udara-wap air.


 Rajah 1: Sling Psychrometers

Cara-cara menggunakan Sling Psychrometers 

1. Basahkan kain yang dibalut pada buli basah termometer dengan air yang bersih (suhu bilik).

2. Pegang pemegang dengan kukuh dan putarkan sling psychrometer

 Rajah 2: Putarkan sling psychrometer.

 3. Putarkan sling psychrometer  selama satu minit (60 saat). Kelajuan putaran adalah 2 hingga 3 putaran sesaat.

4. Ambil bacaan suhu buli basah dahulu dan seterusnya ambil bacaan suhu buli kering

* Jangan pegang buli termometer semasa mengambil bacaan suhu. 

Thursday 20 October 2011

Proses Psychrometric

Terdapat empat (4) proses utama seperti ditunjukkan pada Rajah 1, iaitu:
 

1. Proses Pemanasan (Heating)
 

- Haba ditambahkan dimana suhu buli kering bertambah tetapi nisbah lembapan tidak berubah
 

2. Proses Penyejukan (Cooling)
 

- Haba diserapkan atau kehilangan haba diman suhu buli kering berkurang tetapi nisbah lembapan tidak berubah
 

3. Proses Pelembapan (Humidifying)
 

- Proses nisbah lembapan bertambah dimana suhu buli kering tidak berubah.
 

4. Proses Nyahlembapan (Dehumidifying) 

- Proses nisbah lembapan berkurangan dimana suhu buli kering tidak berubah.

Rajah 1: Empat Proses Psychrometric Utama



Terdapat empat (4) jenis campuran proses seperti ditunjukkan dalam Rajah 2, iaitu:

2.1     Proses Pemanasan Dan Proses Pelembapan (Heating and Humidifying)
2.2     Proses Pemanasan Dan Proses Nyahlembapan (Heating and Dehumidifying)
2.3     Proses Penyejukan Dan Proses Nyahlembapan (Cooling and Dehumidifying)
2.4     Proses Penyejukan Dan Proses Pelembapan (Cooling and Humidifying)

 
 
 Rajah 2:  Empat Jenis Campuran Proses Psychrometric



Psychrometric Chart

 Psychrometric adalah kajian tentang fizikal dan sifat-sifat campuran udara dengan wap-air. Psychrometric Chart (PS Chart) adalah graf yang digunakan untuk memudahkan kajian sifat-sifat campuran udara-wap air seperti suhu-suhu, enthalpi, isipadu tentu, jumlah kelembapan udara dan peratus kelembapan.

Psychrometric Chart: Istilah dan Definisi

Dalam psychrometric chart, terdapat beberapa istilah dan garisan penting yang menunjukkan sifat-sifat campuran udara-wap air, iaitu:

1. Suhu Buli Kering (Dry Bulb Temperature)
   - Suhu udara yang diukur dengan menggunakan termometer biasa.
   - Simbolnya Tdb dan unitnya ˚ C atau ˚ F
   - Pada PS Chart, garisan suhu buli kering adalah menegak dan terletak pada paksi-x seperti ditunjukkan   pada Rajah 1

Rajah 1

2. Suhu Buli Basah (Wet Bulb Temperature)
- Suhu udara yang diukur dengan menggunakan termometer yang dibalut dengan kain basah di bahagian bulinya.
- Suhu udara terendah yang boleh dicapai semasa penyejatan air.
- Simbolnya Twb dan unitnya ˚C atau ˚ F
- Pada PS Chart, garisan suhu buli basah adalah condong seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.
Rajah 2

3 Suhu Takat Embun (Dew Point Temperature)
   - Suhu tepu apabila wap air mula memeluwap dan titisan air.
   - Simbolnya Tdp dan unitnya ˚C atau ˚ F
   - Pada PS Chart, garisannya mengufuk dan terletak pada paksi-y seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.

Rajah 3

4. Nisbah Lembapan (Humidity Ratio atau Moisture Content)

   - Berat wap air dan udara kering yg terkandung di dalam udara lembap.
   - Simbolnya ω dan unitnya kg/kg dry air
   - Pada PS Chart, garisannya mengufuk dan terletak pada paksi-y seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.


Rajah 4

5. Peratus Kelembapan (Relative Humidity)
   - Peratus jumlah kandungan lembapan di dalam udara yang sedia ada dan dibandingkan dengan jumlah maksimum udara tersebut boleh menyerap kelembapan pada suhu yang diberi
   - Simbolnya RH dan unitnya %
   - Pada PS Chart, garisannya melengkung. RH 100% pada garisan lengkung paling luar dan berkurangan sehingga paksi-x seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 5

6. Entalpi (Enthalpy)
   - Jumlah haba yang terdapat dalam udara kering bagi setiap 1 kg udara kering
   - Simbolnya h dan unitnya kJ/kg dry air
   - Pada PS Chart, garisan suhu buli basah adalah condong seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.


Rajah 6






Video tentang Psychrometric Chart daripada Youtube:
 
URL: http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=am0273JUb2M